Ok kali ni EJ nak cerita pasal satu tempat yang wajib dikunjungi kalau kita pergi ke Korea Selatan iaitu Gyeongbokgung Palace.

Yang EJ nak share ni if uoll pergi sendiri-sendiri ja. Bukan guna travel guide ya.
Tak la susah sangat nak ke sini. Yang penting uoll ada T-Money card trus ja touch-n-go. Naik tren dan turun di stesen Gyeongbokgung. Lepas tu cari Exit 5 dan terus ja jumpa pintu masuk (side entrance) ke Gyeongbokgung Palace ni.
Untuk jadikan kunjungan uoll ni berbaloi2, timing sampai sini biar dalam pukul 2pm. Dapat tengok upacara Changing of Guards.

Changing of Guard tu dalam pukul 2pm (waktu Korea Selatan 😅). Lepas habis upacara tu, boleh ambil gmbar dengan guard kat main entrance dan apa lagi..jangan la lepaskan peluang nak cuba pakai/sewa Hanbok. Harga sewa berbeza2 ikut design..yang paling mahal uoll boleh sewa yang Premium Hanbok anggaran dlm KRW15,000 utk 2 jam.
Kalau uoll dh pakai Hanbok, nak masuk palace ni free ja. Kalau tak pakai Hanbok, kena beli tiket ler.
Lupa plak. Nak sewa Hanbok ni, uoll kena berjalan sikit sama ada ikut jalan besar tepi palace atau cross parking area utk ke kedai sewa baju tu. Ada beberapa pilihan kedai & harga berbeza2..semuanya terpulang kepada bajet uoll ya. Atau boleh juga order Hanbok online➚ lepas tu blh pergi collect ja kat sana.
If dah sewa Hanbok tu; baik lelaki @ perempuan, jangan lupa minta aksesori skali ya mcm handbag dan head gear..kadang2 org kedai tu tak pelawa..so pandai2 la ya..huhu. Owh btw, untuk anak2 pun ada Hanbok juga ya. Boleh la bagi si kecik tu melaram jugak.
Palace ni sangat besar, so EJ sarankan uoll pakai kasut yang selesa untuk berjalan. Amik gambar byk2 sbb setiap inci palace ni mmg cun untuk bergambar 📷
OK. Esok apa plan uoll plak? 😁
So..if uoll blom ada apa-apa plan untuk next day di Seoul, apa kata pergi Nami Island day trip➚ dari Seoul?
Disclosure: My content is intended to help you plan the best itinerary for your next trip. Where appropriate, I include affiliate links➚ in my blog posts or pages to help you access relevant services, attractions, and products. I may earn a small commission, at no additional cost to you, to help me maintain the blog if you click through and make a purchase. All support is highly appreciated! Thanks.
